Tuesday, October 17, 2017

Petua Menghilangkan Jerawat

Assalamualaikum.


Ahaaa, mesti ada yang ternanti-nanti entry ni kan. Seperti yang dijanjikan, mira nak share petua menghilangkan jerawat secara tradisional. Sekarang ni memang banyak ubat-ubat yang cakap boleh hilangkan jerawat dalam masa yang pantas, tapi sampai bila kita nak bergantung dengan bahan kimia kan. Why not kita try cara tradisional yang kebanyakkannya memang berkesan. "Natural remedy" always the best. Tanpa bahan pengawet dan bahan kimia, diyakini 100% selamat. 

Sebelum tu, kenali dulu jenis jerawat dan tips untuk hilangkan jerawat di sini:

Jenis Jerawat dan Tips Hilangkan Jerawat


Petua menghilangkan jerawat secara tradisional

1. Serbuk Kayu Manis dan bedak sejuk



Petua ni mira sendiri dah cuba dan memang selalu buat. Memang berkesan. Jerawat sangat cepat kecut dan tiada kesan pun. Bukan tu saja, parut jerawat pun makin pudar! Bolehlah cuba, ambil sedikit serbuk kayu manis dan 2 biji bedak sejuk, campurkan dengan air sedikit asalkan semua larut. Bolehlah disapu pada wajah dan dibiarkan kering. Perlu diingatkan, bila pakai kayu manis akan beri kesan pedih pada wajah. Tapi itu cuma seketika saja, dalam 1 minit dah hilang. Dan selepas amalkan lebih 3-4 hari, kulit dah tiada pedih-pedih lagi sebab dah serasi. 


2. Serbuk Kunyit 


Kunyit memang sinonim untuk membantu mengecutkan jerawat. Ambil satu sudu serbuk kunyit dan titiskan sedikit air dan sapu pada jerawat selama beberapa minit. Lakukan sehingga jerawat kecut.

3. Bawang Putih


Bawang putih mengandungi sulfur yang membantu untuk mengecutkan jerawat dengan cepat. Potong bawang putih kepada dua dan tekap pada jerawat sehingga terasa jus bawang putih melekat pada jerawat.

4. Ais


Ais juga selalu digunakan untuk mengecutkan jerawat kerana ais yang bersifat sejuk membantu untuk meredakan keradangan. 



5. Putih Telur 



Putih telur sesuai dijadikan masker untuk wajah supaya kulit jadi lebih halus dan secara tak langsung boleh membantu untuk mengecutkan jerawat. 



6. Jus lemon




Jus lemon sangat bagus untuk membantu mengecutkan jerawat. Perah jus lemon dan dengan mengguna bebola kapas, tekap pada jerawat selama 20 minit dan bilas. Lakukan dua tiga kali sehari untuk kesan yang cepat.

7. Ubat Gigi


Mira tak tau sejauh mana keberkesanan ubat gigi dalam membantu untuk mengecutkan jerawat. Tetapi ramai dah cuba dan berkesan. Boleh cuba. Sebelum masuk tidur, sapu ubat gigi pada jerawat dan biarkan semalaman.

8. Madu


Madu juga sangat bagus untuk jerawat. Ambil sedikit madu mengguna bebola kapas dan tekap pada jerawat. Ulangi sehingga jerawat kecut,

9. Jus Daun Pudina


Baru dengar nama pun dah terasa kesegarannya kan. Belum pakai lagi. Blend daun pudina dengan sedikit air. Tapis airnya dan bolehlah disapu pada seluruh wajah. Lakukan sebelum tidur dan biarkan semalaman

10.  Serbuk vitamin C/E, ESP dan omega guard Shaklee



Yang ni special mira bagitau mira selalu guna. Even bukan petua tradisional, tapi bahan2 dalam Shaklee adalah natural dan organik. Jadi memang tak ragu-ragu nak pakai dan biasanya berkesan. Kulit jadi lebih smooth dan bersih. Produknya bukan boleh buat makan je, tapi boleh juga buat untuk kecantikan kulit. Best kan. Nak tau lebih lanjut, boleh beli dengan mira dan mira akan consult exclusively untuk anda ya.

Haaa, itulah antara 10 petua untuk menghilangkan jerawat secara alami dan tiada bahan kimia. Anda bolehlah cuba lakukannya hari ini dan lihat yang mana serasi dengan anda. Selamat mencuba!


Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Jenis Jerawat dan Tips Hilangkan Jerawat

Assalamualaikum.

Menarik kan tajuk entry kita hari ni. Kalau bercakap pasal jerawat, memang paling ramai la akan bagitau masalah masing-masing. Sehingga ke hari ini pun, kalau nak tau, set Shaklee yang paling laku keras dekat kedai Shaklee mira, set jerawat ni lah. Memang terbaik. Tapi tau tak kenapa set jerawat yang paling laku? Sebab jerawat merupakan antara masalah yang paling banyak melanda masyarakat kita. Sejak usia 12 tahun lagi jerawat dah mula menghantui seseorang itu disebabkan ketidakstabilan hormon selepas datang haid. Jerawat merupakan masalah kulit yang hampir semua pernah merasai cuma ada yang biasa dan juga ada yang teruk. Kebiasaannya terjadi disebabkan pori-pori tersumbat dan akhirnya menyebabkan tumbuhnya seakan benjolan merah yang berisi nanah. 

Pada pandangan masyarakat kita, jerawat ni semua sama saja. Tapi sebenarnya terdapat beberapa jenis jerawat dan disebabkan oleh pelbagai sebab yang berbeza. Dalam entry ni mira nak kupas tentang jenis-jenis jerawat dan beberapa tips berkesan untuk hilangkan jerawat. 

1. Jerawat biasa


Hampir semua orang pernah kena jerawat biasa ini. Kebiasaanya jerawat jenis ini berwarna putih kemerahan dan saiznya kecil sahaja.  Jerawat biasa ini disebabkan oleh pori-pori yang tersumbat dan dijangkiti bakteria propionibacterium. Bakteria ini hidup di bahagian kelenjar yang dikenali sebagai kelenjar sebaceous. Bakteria ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan bahagian sekitar muka. 


2. Blackhead dan whitehead (Komedo)


Blackhead atau whitehead dikenali juga sebagai komedo terjadi disebabkan oleh pengeluaran kelenjar minyak yang terlebih dan sel-sel kulit mati. Komedo ini terbahagi kepada 2 iaitu blackhead (pori terbuka) dan whitehead (pori tertutup). Blackhead berlaku disebabkan liang pori terbuka dan menghitam disebabkan kulit teroksida dengan oksigen. Whitehead pula berlaku disebabkan pori-pori telah tersumbat oleh sebum. Biasanya kelihatan seperti bintik-bintik kecil berwarna putih.  

3. Jerawat batu/nodul

Jerawat batu atau dikenali sebagai Cystic Acne biasanya lebih besar dari jerawat biasa kerana keradangan di kawasan jerawat tersebut dan biasanya lebih merah. Jerawat batu ini tidak boleh dibiarkan sebab meninggalkan bekas atau kesan yang susah untuk hilang. Jerawat jenis ini sering terjadi disebabkan oleh kelenjar minyak yang terlalu banyak dan sel yang tumbuh tidak normal. Jerawat ini jenis bahaya dan parah serta memerlukan rawatan. 

4. Jerawat vulgaris


Jerawat vulgaris ini antara tahap jerawat yang teruk disebabkan oleh perubahan hormon, lebihan minyak, kulit mati, ataupun alah dengan produk kosmetik. Jerawat ini sudah menyerang seawal usia remaja dan berlanjutan sehingga usia dewasa. Kebiasaannya akan meninggalkan kesan parut kekal di wajah. 

5. Jerawat Juvenil

Jerawat juvenil ini biasanya menyerang ketika sampai usia matang (selepas haid bagi perempuan dan selepas mimpi basah bagi lelaki) disebabkan oleh masalah ketidakstabilan hormon yang menghasilkan sebum. Kebiasaannya terjadi dalam lingkungan usia 14-20 tahun.

6. Jerawat Rosacea



Jerawat ini antara jerawat yang teruk kerana menyebabkan keradangan pada wajah. Seluruh wajah akan menjadi sensitif dan kemerahan. Kebiasaannya jerawat ini menyerang mereka yang berusia 30-50 tahun. 


7. Jerawat Nitrosica


Jerawat jenis ini antara yang perlu dijaga dengan rapi kerana jika dbiarkan boleh menyebabkan lubang pada kulit wajah dan sukar untuk pulih. 

Dekat sini mira share beberapa tips umur dan khusus yang korang boleh amalkan untuk hilangkan jerawat. Ada yang mira dah cuba sendiri dan sememangnya berkesan alhamdulillah.

Tips umum:

1. Jaga tidur
Pastikan tidur seharian anda cukup minima 6 jam sehari untuk memastikan kulit wajah sentiasa awet muda, tiada lingkaran gelap bawah mata, dan jerawat juga susah untuk singgah.

2. Guna tangan yang bersih
Pastikan anda menggunakan tangan yang bersih untuk mencuci muka atau memegang muka. Elakkan memegang wajah dengan tangan yang kotor dikhuatiri mudah terkena jangkitan kuman.

3. Minum air masak yang banyak
Pastikan setiap hari anda minum air masak yang banyak minima 3 liter sehari bagi memastikan kulit sentiasa lembap dan tidak kering. Pengeluaran sebum juga akan lebih terkawal.

4. Elakkan makan makanan berminyak
Kerap mengambil makanan berminyak sememangnya boleh menyebabkan pengeluaran minyak di muka tidak terkawal dan menyebabkan terjadinya jerawat. Oleh itu, kawal pemakanan anda supaya pengeluaran minyak di wajah terkawal dan jerawat pun tiada!

5. Sediakan tuala khas
Pastikan anda menyediakan satu tuala kecil khas untuk mengelap muka sahaj selepas dicuci atau selepas mandi. Jangan sesekali mengelap muka dengan tuala mandi supaya tidak dijangkiti kuman dari bahagian badan yang lain.

6. Kerap cuci muka
Pastikan anda mencuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang bersesuaian dengan kulit wajah anda.

Tips khusus hilangkan jerawat:
1. Guna serbuk kayu manis dan bedak sejuk
2. Gunakan vitamin C dan omega guard Shaklee
3. Gunakan kunyit dan bedak sejuk
4. Selalu tekap guna ais
5. Gunakan putih telur sebagai masker
6. Gunakan lemon

Tips khusus hilangkan jerawat ni mira akan kongsikan dengan lebih mendalam di entry akan datang tentang Petua Hilangkan Jerawat! Pasti anda ternanti-nanti kan? Tunggu ya!

Tips paling best mira pernah guna mestilah menggunakan vitaminc C dan omega guard Shaklee. Boleh dijadikan masker muka tau. Kulit jadi lebih halus dan bersih. Jerawat pun cepat je kecut. Kalau nak tau lebih lanjut, kena lah beli dulu set jerawat baru boleh dapat exclusive consultation dari mira dan #Superstarzfamily yang dah berpengalaman lebih 20 tahun dalam Shaklee serta mendapat bimbingan doktor pakar. Tips ni bukan senang nak dapat dekat mana-mana tau. Cuma orang tertentu je tau penggunaan produk Shaklee sebagai penyeri wajah. hihi

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Monday, October 16, 2017

7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

Assalamualaikum.


Bila bercakap tentang penyakit kencing manis, mesti risau kan, ada tak rawatan, ada tak cara untuk menyembuhkan, apa ubat yang perlu diambil dan sebagainya. Sememangnya terdapat 2 rawatan perubatan moden yang boleh dilakukan iaitu rawatan insulin dan juga pengambilan ubat bagi kencing manis jenis 2. Tetapi semua rawatan ini akan mempunyai kesan sampingan walaupun terbukti berkesan. Cuma ada juga cara-cara untuk minimakan kesan sampingan tersebut.

Dekat entry ni, mira nak cerita mengenai 7 ubat kencing manis berdasarkan petua tradisional. Petua tradisional ini tidaklah boleh diyakini 100%, tetapi boleh dijadikan ikhtiar untuk mengawal paras gula dalam darah tanpa kesan sampingan. "Natural remedy" biasanya memang terbaik kan sebab tanpa sebarang bahan kimia dan kesan sampingan. Tetapi, sebelum mengambil ubatan tradisional ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kesihatan anda. 

7 Ubat Kencing Manis Berdasarkan Petua Tradisional

1. Cengkih




Cengkih mengandungi antioksidan dan berfungsi sebagai anti-radang. Ia juga bagus untuk penghadaman bagi pesakit kencing manis selain dari untuk menjaga jantung. Pesakit kencing manis yang disebabkan oleh masalah berat badan terutama, memerlukan cengkih sebagai agen pelawasan yang seterusnya membantu untuk mengawal berat badan.


2. Teh Hijau




Ekstrak teh hijau boleh membantu untuk proses pembakaran lemak dan kalori yang penting bagi proses penurunan berat badan. Teh hijau ini dikatakan mampu membantu untuk menurunkan berat badan. Proses pencernaan yang bagus, penyerapan dan metabolism makanan dapat ditingkatkan dengan pengambilan ekstrak teh hijau ini. Bagi pesakit diabetes, penurunan berat badan amat penting bagi mereka untuk mengawal paras gula dalam darah. Selain itu, ia juga membantu untuk menurunkan paras gula dalam darah dan sangat bagus bagi pesakit kencing manis.


3. Peria Katak




Peria katak ini dikatakan bagus dan berkesan untuk pesakit kencing manis kerana mengandungi hipoglisemik yang boleh membantu mengawal atau menurunkan kadar gula dalam darah. Terdapat entry sebelum ini yang dah mira kongsikan khasiat peria katak bagi pesakit kencing manis. Boleh baca entry di link di bawah ya. 

Baca juga:

4. Rosemary




Rosemary membantu untuk menurunkan berat badan yang merupakan kunci bagi pesakit diabetes yang disebabkan oleh obesiti. Dengan mengamalkan rosemary, inshaAllah berat badan dapat dikawal dan diturunkan dengan cara tradisional dan tidak merbahaya. Selain itu, yang paling penting khasiatnya adalah membantu untuk menormalkan paras gula dalam darah secara semulajadi.

5. Halia


Diabetes merupakan penyakit yang disebabkan oleh gangguan pencernaan dan kebiasaannya pesakit ini mempunyai masalah refluks asid. Di sini halia berfungsi bagi melegakan saluran pencernaan dan membantu penghadaman. Halia juga membantu bagi meningkatkan paras hormon dalam badan dan pada masa yang sama membantu mengawal paras gula dalam darah. 


6. Daun kari



Daun kari kebiasaannya popular untuk dunia masakan tapi tahukah anda bahawa daun kari juga mampu membantu untuk mengawal paras glukosa darah. Menurut satu kajian di India, daun kari mengandungi fitokimia yang dapat mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes jenis 2 dengan membantu untuk menurunkan paras glukosa darah selepas berpuasa. 
7. Daun Sage



Sejak berabad lalu, daun sage telah digunakan dalam dunia perubatan tradisional  sebagai salah satu ramuan yang bertujuan untuk mengurangkan paras gula dalam darah. Menurut satu kajian dalam British Journal of Nutrition, daun ini dikatakan mempunyai kesan seperti metformin yang merupakan ubat bagi pesakit diabetes. Anda dinasihatkan agar tidak mengambil herba sage ini bersama dengan ubat diabetes kerana boleh menyebabkan anda terkena hipoglisemia iaitu paras gula terlalu rendah. 
Selain ubatan tradisional di atas, di sini mira terangkan beberapa pilihan rawatan moden yang anda boleh lakukan beserta beberapa kesan sampingan. 

1. Rawatan insulin
Rawatan insulin merupakan rawatan yang paling berkesan bagi menurunkan dan juga mengawal paras gula dalam darah. Rawatan ini juga bagus dan berkesan untuk mengelakkan sebarang komplikasi diabetes dari terus berkembang dan juga gejala penyakit diabetes dapat dikurangkan. Tetapi terdapat beberapa kesan sampingannya seperti menyebabkan merasa sedikit sakit, berkemungkinan untuk terkena hipoglisemia (paras gula terlalu rendah) dan juga boleh menyebabkan pertambahan berat badan. 
2. Menggunakan jenis ubat pil diabetes
Selain meggunakan rawatan insulin, pilihan ini adalah pilihan ramai untuk mengawal diabetes kerana lebih mudah, praktikal dan tidak menyakitkan. Melalui pengambilan ubat pil diabetes, dapat membantu menurunkan paras gula dalam darah, mengurangkan risiko komplikasi diabetes seperti jantung, mata, buah pinggang dan juga gejala-gejala lain dapat dikurangkan. Yang paling penting, dengan pengambilan ubat, segala kesan sampingan rawatan insulin seperti hipoglisemia, kesakitan dan pertambahan berat badan dapat dielakkan. Tetapi kemungkinan ada juga kesan sampingan dari pengambilan ubat-ubatan ini seperti kemungkinan paras gula tidak berubah, memerlukan anda untuk makan banyak pil dan lain-lain.

Selain dari rawatan moden atau tradisional, anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix Shaklee yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat membantu anda mengawal kencing manis dan sentiasa dalam kesihatan yang baik inshaAllah.

Jadi, pilihan di tangan anda. Kita hanya mampu ikhtiar yang terbaik, moga ada yang serasi dengan kita dan dengan izin Allah dapat membantu menyembuhkan. Apa pun, berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui tahap kesihatan anda terlebih dahulu. 

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Rujukan: https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00000966_128005.pdf


Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]
[7 Cara Mencegah Kencing Manis]

Thursday, October 12, 2017

Rawatan Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis adalah satu penyakit yang berterusan seumur hidup apabila pesakit disahkan menghidap kencing manis. Terdapat beberapa rawatan bagi pesakit kencing manis jenis 2 manakala bagi jenis 1 pula rawatannya hanyalah menggunakan insulin sahaja. Rawatan untuk pesakit kencing manis ini tidak dapat mengubati cuma dapat membantu mengawal paras gula dan mengembalikan paras gula darah kepada normal, mengurangkan simptom yang dihidapi pesakit dan juga mengelakkan dari berlakunya sebarang komplikasi. Penyakit kencing manis memerlukan rawatan dan kawalan berkala kerana apabila dibiarkan ianya akan memudaratkan dan menyebabkan penyakit lain pula seperti kerosakan pada mata, kaki, buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis, penjagaan rapi perlu dilakukan. 




Bagi pesakit kencing manis jenis 1, rawatan yang boleh dilakukan hanyalah rawatan insulin sahaja kerana kerosakan pada pankreas. 

Manakala bagi pesakit jenis 2, ubat tablet atau rawatan insulin atau kedua-duanya sekali boleh diberikan bergantung kepada tahap penyakit tersebut. 

Insulin merupakan ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Pada tahun 1921, insulin mula dihasilkan untuk rawatan pesakit kencing manis. Pada masa itu, terdapat hanya 2 bentuk insulin iaitu jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan oleh badan dan insulin ini diperbuat daripada yis dan bakteria. Insulin cuma diberi melalui suntikan kerana apabila diberi melalui mulut ianya boleh dimusnahkan dalam perut. 

Bagi pesakit kencing manis jenis 2, ini adalah contoh jenis-jenis ubat untuk rawatan diabetes.
1. Sulfonylurea 
Nama Generik:
- Glibenclamide
- Gliclazide
- Glimepiride

Kesan sampingan: Gejala hipoglisemia seperti risau, sawan, menguap, loya, berasa kebas pada bibir dan lidah, loya, berpeluh, menggigil, rasa lapar yang keterlaluan dan keliru.

2. Biguanide 
Nama Generik:
- Metformin

Kesan sampingan: cint-birit, muntah, loya, buang angin

3. Thiazolidine- diones 
Nama Generik:
Rosiglitazone

Kesan sampingan:  Kaki bengkak, pertambahan berat badan, air berkumpul dalam badan, kegagalan fungsi jantung

4. Insulin 
Nama Generik:
Insulin Human Isophane (NPH)
Insulin Human Regular

Kesan sampingan:  penambahan berat badan, hipoglisemia, kulit yang hipersensitif, lipodistrophy

Ketika rawatan kencing manis diberikan, pesakit cenderung untuk terkena hipoglisemia. Hipoglisemia boleh berlaku disebabkan kadar gula dalam darah yang terlalu rendah. Perkara ini biasanya berlaku kerana: 
- kurang makan atau lambat makan. 
- tidak makan pada waktu yang ditetapkan. 
- mengambil terlampau banyak ubat kencing manis dan insulin
- bersenam dengan perut kosong
- tidak makan selepas cucuk insulin atau makan ubat
- membuat aktiviti yang terlampau berat 

Jadi, apa perlu dilakukan apabila terkena hipoglisemia?
1. Cepat-cepat makan atau minum sesuatu yang manis
2. Makan makanan yang berkarbohidrat seperti bijirin, roti, atau nasi setelah rasa sihat sedikit

Peringatan!
Anda dinasihatkan perlu sentiasa membawa gula-gula, biskut atau makanan yang manis bersama-sama ketika keluar. 

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sangat berisiko tinggi. Oleh itu, penyakit ini perlu dijaga dengan baik dan jangan sesekali ambil mudah dengan penjagaan penyakit ini seperti tidak kawal pemakanan dan sebagainya kerana ianya akan membawa mudarat yang lebih teruk lagi. Kerosakan jangka masa panjang boleh berlaku akibat kandungan gula dalam darah tinggi seperti penyakit katarak, pendarahan dalam mata yang seterusnya boleh mengakibatkan buta. Selain itu, ianya boleh memberi kesan kepada saraf yang membuatkan pesakit rasa kebas atau hilang deria rasa pada kaki dan tangan, menyebabkan gangren, amputasi, dan juga luka. Ia juga boleh menyerang bahagian otak yang boleh mengakibat pesakit terkena angin ahmar atau strok. Kegagalan buah pinggang dan juga sakit jantung juga boleh berlaku apabila penyakit kencing manis ini tidak dijaga dengan betul.



Selain dari rawatan hospital, anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix Shaklee yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat membantu anda mengawal kencing manis dan sentiasa dalam kesihatan yang baik inshaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]
[7 Cara Mencegah Kencing Manis]


7 Cara Mencegah Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis atau bahasa ilmiahnya digelar diabetes menjadi penyakit yang tidak asing lagi dalam masyarakat kita. Beberapa dekad lalu, penyakit ini tidaklah sebegitu terkenal seperti sekarang. Tetapi sekarang penyakit ini seperti wabak pula kerana terlalu ramai yang menghidap penyakit kencing manis. Antara penyebab utama adalah disebabkan oleh gaya hidup tidak sihat masyarakat kini yang terlalu banyak makan makanan segera, makanan ringan, makanan berproses, dan segala macam makanan yang tidak sihat dan seterusnya membawa kepada penyakit kencing manis. Jadi, dari awal kita kena tahu cara nak mencegah kencing manis ini supaya terhindar dari penyakit ini. 

Secara amnya, mereka yang mempunyai sejarah diabetes sememangnya amat berisiko untuk mewarisi penyakit yang sama dan perlu menjaga pemakanan sejak dari awal lagi kerana diabetes jenis 2 boleh diwarisi melalui keturunan dan juga disebabkan oleh kegemukkan. Manakala diabetes jenis 1 lebih cenderung untuk menyerang kanak-kanak semuda usia 10 tahun jika tidak dijaga makan dari awal dan terlalu banyak didedahkan dengan makanan tidak elok. Diabetes jenis 1 lebih bahaya kerana terpaksa bergantung kepada insulin berbanding diabetes jenis 2. Oleh itu, eloklah kita sama-sama ambil langkah pencegahan awal supaya kita dan ahli keluarga semua tidak terkena penyakit kencing manis ini. Faktor keturunan sememangnya tidak dapat diubah, tetapi faktor pemakan dapat dijaga dengan baik atas kehendak diri kita sendiri. 

Antara cara untuk mencegah kencing manis

1. Menjaga berat badan
Seeloknya sejak dari kecil, kita sudah mengamalkan pemakanan dan diet yang seimbang supaya kita dapat total nutrisi yang diperlukan dalam badan. Jadi, kita tidak akan makan berlebihan yang seterusnya menyebabkan kegemukkan dan obesiti. Selain itu, elakkan makan makanan ringan, makanan segera, makanan berproses yang sememangnya mempunyai kandungan lemak yang sangat tinggi dan merbahaya bukan hanya boleh menggemukkan tetapi juga boleh memberi kesan kepada kesihatan jantung. Pastikan BMI kita sentiasa normal untuk mengelakkan masalah obesiti dengan sentiasa menjaga pemakanan dan bersenam. Makanan manis dan berkalori tinggi itu memang sedap dan lazat, boleh diambil dengan kadar yang sedikit tetapi tidak perlu berlebihan kerana boleh memudaratkan. 


Diet pemakanan seimbang 


2. Jauhkan diri daripada makanan berlemak
Makanan berlemak mudah didapati dengan makanan yang digoreng. Makanan goreng-gorengan seperti ayam goreng, pisang goreng, dan banyak lagi semuanya mempunyai kandungan lemak yang tinggi dan merbahaya yang boleh membawa kepada kolestrol tinggi dan kencing manis. Jadi, untuk mencegah dari terkena kencing manis, eloklah kita mengelakkan dari makan makanan yang berminyak, berlemak dan tinggi kolestrol. 


Katakan tidak kepada makanan berlemak

3. Banyakkan makanan yang berserat tinggi
Makanan berserat tinggi adalah sayur-sayuran dan buah-buahan yang di dalamnya mengandungi air dan mineral. Pengambilan makanan berserat tinggi boleh mengelakkan sembelit dan membantu dalam pelawasan. Jadi apabila sistem penghadaman kita berjalan dengan lancar, tiada toksin yang terkumpul dalam badan dan membolehkan kita berpeluh seperti biasa. Mudah untuk kita menjaga berat badan dan mengelakkan kegemukkan. 

Buah-buahan dan sayuran makanan berserat tinggi

4. Bersenam
Ini yang paling penting dalam kehidupan seharian kita. Pastikan anda berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari atau 1000 langkah sehari untuk memastikan badan anda terus berpeluh dengan baik. Bila badan kita berpeluh, sistem perkumuhan berfungsi dengan baik, peluh-peluh akan keluar dan lemak-lemak akan terbakar. Jadi tiada lemak tepu yang tersimpan dan dapatlah kita menjaga berat badan kita. Tanpa senaman, dengan hanya terlalu menjaga makan pun tidak elok untuk kesihatan tubuh badan. Bersenam dan digabungkan dengan mengambil pemakanan yang sihat dan seimbang, inshaAllah kita mudah untuk mendapatkan berat badan ideal dan tiada masalah obesiti yang melanda. 

Amalkan senaman dan gaya hidup sihat

5. Elakkan minum minuman manis
Bila kita keluar makan, kita cenderung untuk selalu memesan minuman manis seperti milo ais, teh ais, nescafe ais yang secara kita tak sedar semuanya tinggi gula kerana kandungan susu di dalamnya. Apabila di rumah pula, kita cenderung untuk buat air-air manis. Selain itu, minuman dalam tin, minuman berkarbonat, atau minuman kotak adalah sangat bahaya kerana kebiasaannya kandungan gula dalam minuman tersebut sangat tinggi! Bayangkan jika anda minum selalu atau hari-hari, memang mudahlah untuk terkena penyakit kencing manis. Jadi, latih diri untuk selalu minum air masak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari supaya sistem perkumuhan dapat berjalan lancar.

Minuman manis memudaratkan 

6. Hindari stress
Stress boleh menyebabkan kadar gula dalam darah anda meningkat. Jadi, latih diri untuk mengawal stress, sentiasa tarik nafas apabila stress, buat senaman yoga, atau apa saja yang boleh menghilangkan stress anda. Stress atau tekanan sangat tidak sihat untuk kesihatan badan kerana boleh menggangu sistem dalam badan. Jadi, jangan stress-stress ya. Relaks.

Jangan stress. Relax. 

7. Dapatkan tidur yang cukup
Tidur yang cukup setiap malam sekurang-kurangnya 6 jam setiap hari sangat penting untuk mencegah kencing manis. Hormon kortisol dalam badan boleh meningkat jika kurang tidur dan boleh menyebabkan ketidakstabilan paras gula dalam darah. Oleh itu, pastikan anda tidur awal dan bangun awal bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. 


Tidur yang cukup. Badan sihat otak cergas. 


Jadi, mira dah kongsikan 7 cara untuk mencegah penyakit kencing manis. Memang sukar untuk melaksanakan semua di atas, tetapi anda boleh ikhtiar lakukan satu per satu. Ubahlah gaya hidup anda dan keluarga dari sekarang untuk masa depan yang lebih terjamin dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Semoga kita semua sentiasa sihat-sihat selalu! Jumpa lagi dalam entry akan datang.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]

Tuesday, October 10, 2017

8 Petua Kencing Manis

Assalamualaikum.

Pada entry lepas, mira dah bercerita tentang tanda-tanda atau simptom kencing manis. Hari ni mira nak cerita tentang petua kencing manis yang selamat dan boleh diamalkan oleh semua pesakit kencing manis jenis II. Petua-petua ini sudah menjadi pilihan ramai sejak berkurun yang lalu. Mesti tertanya-tanya kan apa petuanya tu? Jom sambung baca. 

Selain dari makan ubat-ubatan moden, kita juga boleh ikhtiar dengan ubatan tradisional untuk dijadikan pelengkap. Jika serasi dengan badan, inshaAllah paras gula dalam darah dapat dikawal dengan baik. Terdapat beberapa petua yang sering digunakan oleh masyarakat kita dan ada yang terbukti dapat mengawal paras gula dalam darah. 

Petua Kencing Manis 
1. Peria Katak
2. Lidah Buaya 
3. Kayu Manis
4. Halia
5. Kacang Bendi
6. Bawang putih
7. Gaharu
8. Patawali/Akar Seruntun

Jom tengok dengan lebih mendalam bagaimana petua-petua ini berfungsi bagi menurunkan atau mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

1. Peria Katak

Keratan rentas peria katak 

Peria katak ini selain terkenal sebagai makanan atau sayuran harian, ia juga terkenal digunakan sebagai ubat tradisional untuk macam-macam jenis penyakit termasuk untuk pesakit kencing manis/diabetes jenis II. Mungkin peria ini bukan pilihan ramai untuk mencuba kerana rasanya yang pahit tapi ketahuilah kebiasaannya penawar yang pahit itu yang paling mujarab.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga jenis zat aktif yang bersifat anti-diabetes dalam buah peria katak. Antaranya adalah charantin yang terbukti memberi kesan untuk menurunkan kadar gula dalam darah, polipeptida-p (sebatian insulin) dan vicine. Selain itu, buah ini juga mempunyai lektin yang berfungsi pada tisu periferal dan menekan selera makan yang membantu untuk mengurangkan konsentrasi glukosa darah.

2. Lidah Buaya

Keratan rentas lidah buaya

Terdapat satu penyelidikan awal yang mengatakan dapat meningkatkan paras gula dalam darah bagi pesakit kencing manis dengan pengambilan jus lidah buaya. Jus ini berfungsi untuk menurunkan lipid darah pesakit, menjadikan luka sembuh dengan lebih cepat dan juga dapat membantu mengurangkan bengkak. Kebiasaannya ulser kaki dan luka pada pesakit diabetes memakan masa yang lama untuk sembuh. Jadi, dengan pengambilan jus lidah buaya ini dapat membantu untuk mempercepat penyembuhan luka. 


3. Kayu Manis

Kayu manis

Kayu manis bukan sahaja boleh dibuat untuk masakan, tetapi ia juga mempunyai khasiat tersendiri. Ia mempunyai fungsi anti-diabetes yang boleh membantu mengawal tahap glukosa darah. Eugenol yang terdapat dalam kayu manis dikatakan mampu mengurangkan atau mengawal paras gula dalam darah untuk pesakit kencing manis. 

4. Halia

Keratan rentas halia

Halia juga sangat terkenal penggunaanya dalam masakan. Ia juga terkenal sebagai rawatan ubatan herba untuk mereka yang mempunyai masalah pencernaan, dan mual. Tetapi tahukah anda halia ini dapat membantu dalam perembesan insulin, mengawal glisemik dan juga melindungi katarak bagi pesakit diabetes. Halia juga dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah bagi jangka masa yang panjang untuk pesakit diabetes jenis II. Menurut seorang penyelidik dari Australia, gingerol yang terdapat dari ekstrak Buderim Ginger (minyak halia Australia) merupakan komponen utama yang aktif yang membolehkan glukosa dibawa ke dalam sel-sel otot tanpa bantuan insulin dan membantu untuk mengawal paras gula dalam darah.


5. Kacang Bendi

Keratan rentas bendi

Kacang bendi bukan sahaja sedap dimakan sebagai sayuran, tetapi ia juga mempunyai kesan yang bagus bagi mengawal paras gula dalam darah dan juga terdapat khasiat-khasiat lain untuk kesihatan. Ia dikenali sebagai "superfood" bagi mereka yang menghidap diabetes atau berisiko untuk menghidap diabetes. 


6. Bawang putih

Bawang putih 

Bawang putih memang terkenal dengan sifat anti-oksidannya. Terdapat beberapa kajian yang menunjukkan hasil positif mengenai perkaitan bawang putih dengan paras glukosa insulin dan darah. Bawang putih ini dikatakan mampi meningkat rembesan, menurunkan paras gula dalam darah dan juga melambatkan pengurangan insulin. Tetapi, kajian lanjut masih perlu dijalankan terhadap keberkesanan bawang putih ini.

7. Gaharu 


Daun gaharu

Rasanya tidak ramai yang tahu mengenai gaharu. Pokok gaharu dikenali sebagai "emas hitam hutan". Pokok ini sangat terkenal kerana mempunyai pelbagai manfaat dan paling dikehendaki di dunia. Tetapi terdapat manfaat lain daun gaharu yang kurang diketahui umum. Daun gaharu juga boleh dijadikan ubatan dan dikatakan membantu untuk menormalkan gula dalam darah bagi pesakit diabetes. Daun gaharu mengandungi saponin, flavonoid, dan heksadekanoat. Menurut para pengamal herba, daun ini boleh membantu mengawal paras gula dan boleh diminum seperti teh. Daunnya dikeringkan sehingga warna hijaunya hilang dan melalui proses pengeringan. Kemudian, dikisar dan boleh dibancuh dengan air panas seperti serbuk teh biasa. Ekstrak daun gaharu juga mempunyai analgesik yang bersifat anti-radang dan boleh merawat keradangan. 

8. Patawali/Akar Seruntun


Pokok patawali

Patawali juga dikenali sebagai akar seruntun, batang wali, atau brotowali. Pokok ini mudah tumbuh menjalar di pagar-pagar dan berjurai. Batang patawali ini merupakan bahagian yang mengandungi paling banyak khasiat dan juga digunakan untuk pesakit kencing manis. Cara menggunakannya mudah sahaja, cuma rebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusannya boleh diminum untuk mengawal paras gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Jadi, itulah 8 petua tradisional untuk pesakit kencing manis yang sudah digunakan sejak berkurun lama oleh nenek moyang kita. Bolehlah ikhtiar dengan mengamalkan petua-petua di atas ya. Tetapi sebelum itu, dpaatkan konsultasi doktor terlebih dahulu bagi mengetahui tahap kesihatan anda. 

Mudah-mudahan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik-baik saja dan dijauhkan dari penyakit ini. Selain menggunakan petua di atas, boleh juga ikhtiar dengan produk terbaik Shaklee iaitu produk yang diberi nama Vivix Shaklee yang sangat bagus untuk pesakit kencing manis. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Jika tak sanggup amalkan petua-petua tradisional ini, bolehlah cuba pati resveratrol yang terdapat dalam Vivix Shaklee ni. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah.


Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL


KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU

Thank you for reading!

Monday, October 9, 2017

10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal

Assalamualaikum semua.

Diabetes atau lebih dikenali sebagai penyakit kencing manis dalam kalangan masyarakat kita berlaku disebabkan kekurangan atau ketidak keberkesanan hormon insulin dalam badan. Bagaimana hormon insulin ini berfungsi? Glukosa dapat masuk ke dalam sel-sel dalam badan dengan adanya insulin ini. Glukosa dalam sel-sel ini akan dijadikan sebagai sumber tenaga. Jadi, apabila tiada insulin dalam badan, kadar glukosa darah akan meningkat. Diabetes ini boleh dikesan awal jika kita tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal. Sebelum itu, kita berkenalan sikit dengan jenis-jenis diabetes dan perbezaan keduanya. 



Diabetes/Kencing Manis terbahagi kepada 2 jenis:
1. yang bergantung kepada insulin (diabetes Jenis I)
2. yang tidak bergantung kepada insulin (diabetes Jenis II) 

Diabetes jenis 1 jarang-jarang berlaku tetapi apabila berlaku kepada seseorang, keadaanya lebih teruk. Penyakit ini lebih cenderung untuk menyerang golongan yang lebih muda dalam lingkungan 10-16 tahun. Diabetes jenis 1 ini terjadi dengan sangat cepat dan menyebabkan pengeluaran insulin dimusnahkan. Penyakit ini boleh berlaku walaupun tiada sejarah keluarga yang mempunyai penyakit ini dan juga bukan berlaku kerana obesiti atau kegemukan. Gejala yang dihidapi penghidap diabetes jenis 1 ini lebih serius berbanding diabetes jenis II. Rawatan yang boleh dilakukan pada pesakit ini adalah melalui pengawalan pemakanan dan juga menggunakan suntikan insulin. 

Berbeza pula bagi pesakit diabetes jenis II yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Pesakit untuk diabetes jenis ini kebiasaannya adalah dalam lingkungan 35 tahun ke atas dan mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetes. Selain faktor sejarah keluarga, diabetes jenis ini juga sering berlaku atas faktor kegemukan dan obesiti. Diabetes jenis II ini menyebabkan paras glukosa meningkat dan berlaku secara perlahan-lahan akibat insulin yang dikeluarkan tidak mencukupi. 

Bahayanya diabetes jenis II ini kerana ianya berlaku secara senyap atau dikatakan sebagai penyakit senyap dan kebiasaannya cuma dapat dikesan apabila terjadinya komplikasi atau kebetulan sedang buat rawatan. Rawatan yang boleh dilakukan bagi persakit diabetes jenis II ini adalah dengan mengawal pemakanan dan senaman bertujuan mengurangkan berat badan. Selain itu, melalui ubat yang diberi oleh doktor dan juga suntikan insulin bagi kes tertentu.

Jadi, kita dah kenal serba sedikit tentang penyakit diabetes. Bagaimana pula nak tahu tanda-tanda diabetes peringkat awal?

Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal
1. Selalu rasa sangat dahaga 
2. Sering merasa lapar
3. Kerap membuang air kecil
4. Selalu keletihan
5. Penglihatan mula kabur
6. Luka yang susah dan lambat untuk sembuh
7. Nafas berbau manis
8. Penurunan berat badan
9. Badan rasa lemah
10. Mudah mengantuk 

Gejala ini boleh berlaku pada sesiapa sahaja tidak mengira jantina dan umur. Bagi pesakit diabetes jenis II, kemungkinan untuk mendapat tanda-tanda seperti di atas adalah sedikit ataupun tiada tanda  langsung. 

Jika diabetes tidak dijaga dengan betul, ianya boleh merosakkan saraf dan juga salur darah. Secara tidak langsung boleh menyebabkan kesan buruk kepada buah pinggang, jantung, mata dan kaki (menyebabkan luka akan jadi susah dan lambat sembuh). Bagi pesakit Diabetes jenis II, harus beringat kerana komplikasi mata berlaku secara senyap. 

Jadi, sangat penting bagi kita untuk mengetahui tanda-tanda awal penyakit diabetes ini agar langkah awal dapat diambil. Jika terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan, segeralah berjumpa dengan doktor. Bagi yang mempunyai sejarah keturunan pesakit kencing manis, dari awal anda sudah patut menjaga pemakanan dan selalu melakukan senaman bagi mengelakkan kegemukan dan obesiti. 

Amalkan gaya hidup sihat.

Bak kata pepatah, "Mencegah itu Lebih Baik Dari Mengubati". Jadi, sayangi diri anda dan keluarga. Amalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Beringat ya demi masa depan kesihatan yang baik. 

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL
KAWASAN COD: KOTA TINGGI, JOHOR BAHRU