Thursday, October 12, 2017

Rawatan Kencing Manis

Assalamualaikum.

Kencing manis adalah satu penyakit yang berterusan seumur hidup apabila pesakit disahkan menghidap kencing manis. Terdapat beberapa rawatan bagi pesakit kencing manis jenis 2 manakala bagi jenis 1 pula rawatannya hanyalah menggunakan insulin sahaja. Rawatan untuk pesakit kencing manis ini tidak dapat mengubati cuma dapat membantu mengawal paras gula dan mengembalikan paras gula darah kepada normal, mengurangkan simptom yang dihidapi pesakit dan juga mengelakkan dari berlakunya sebarang komplikasi. Penyakit kencing manis memerlukan rawatan dan kawalan berkala kerana apabila dibiarkan ianya akan memudaratkan dan menyebabkan penyakit lain pula seperti kerosakan pada mata, kaki, buah pinggang dan lain-lain. Oleh itu, bagi pesakit kencing manis, penjagaan rapi perlu dilakukan. 




Bagi pesakit kencing manis jenis 1, rawatan yang boleh dilakukan hanyalah rawatan insulin sahaja kerana kerosakan pada pankreas. 

Manakala bagi pesakit jenis 2, ubat tablet atau rawatan insulin atau kedua-duanya sekali boleh diberikan bergantung kepada tahap penyakit tersebut. 

Insulin merupakan ubat pilihan bagi diabetes jenis I. Pada tahun 1921, insulin mula dihasilkan untuk rawatan pesakit kencing manis. Pada masa itu, terdapat hanya 2 bentuk insulin iaitu jenis bovin (daripada lembu) dan porsin (daripada khinzir). Kini, terdapat bentuk sintetik yang serupa dengan insulin yang dihasilkan oleh badan dan insulin ini diperbuat daripada yis dan bakteria. Insulin cuma diberi melalui suntikan kerana apabila diberi melalui mulut ianya boleh dimusnahkan dalam perut. 

Bagi pesakit kencing manis jenis 2, ini adalah contoh jenis-jenis ubat untuk rawatan diabetes.
1. Sulfonylurea 
Nama Generik:
- Glibenclamide
- Gliclazide
- Glimepiride

Kesan sampingan: Gejala hipoglisemia seperti risau, sawan, menguap, loya, berasa kebas pada bibir dan lidah, loya, berpeluh, menggigil, rasa lapar yang keterlaluan dan keliru.

2. Biguanide 
Nama Generik:
- Metformin

Kesan sampingan: cint-birit, muntah, loya, buang angin

3. Thiazolidine- diones 
Nama Generik:
Rosiglitazone

Kesan sampingan:  Kaki bengkak, pertambahan berat badan, air berkumpul dalam badan, kegagalan fungsi jantung

4. Insulin 
Nama Generik:
Insulin Human Isophane (NPH)
Insulin Human Regular

Kesan sampingan:  penambahan berat badan, hipoglisemia, kulit yang hipersensitif, lipodistrophy

Ketika rawatan kencing manis diberikan, pesakit cenderung untuk terkena hipoglisemia. Hipoglisemia boleh berlaku disebabkan kadar gula dalam darah yang terlalu rendah. Perkara ini biasanya berlaku kerana: 
- kurang makan atau lambat makan. 
- tidak makan pada waktu yang ditetapkan. 
- mengambil terlampau banyak ubat kencing manis dan insulin
- bersenam dengan perut kosong
- tidak makan selepas cucuk insulin atau makan ubat
- membuat aktiviti yang terlampau berat 

Jadi, apa perlu dilakukan apabila terkena hipoglisemia?
1. Cepat-cepat makan atau minum sesuatu yang manis
2. Makan makanan yang berkarbohidrat seperti bijirin, roti, atau nasi setelah rasa sihat sedikit

Peringatan!
Anda dinasihatkan perlu sentiasa membawa gula-gula, biskut atau makanan yang manis bersama-sama ketika keluar. 

Penyakit kencing manis adalah penyakit yang sangat berisiko tinggi. Oleh itu, penyakit ini perlu dijaga dengan baik dan jangan sesekali ambil mudah dengan penjagaan penyakit ini seperti tidak kawal pemakanan dan sebagainya kerana ianya akan membawa mudarat yang lebih teruk lagi. Kerosakan jangka masa panjang boleh berlaku akibat kandungan gula dalam darah tinggi seperti penyakit katarak, pendarahan dalam mata yang seterusnya boleh mengakibatkan buta. Selain itu, ianya boleh memberi kesan kepada saraf yang membuatkan pesakit rasa kebas atau hilang deria rasa pada kaki dan tangan, menyebabkan gangren, amputasi, dan juga luka. Ia juga boleh menyerang bahagian otak yang boleh mengakibat pesakit terkena angin ahmar atau strok. Kegagalan buah pinggang dan juga sakit jantung juga boleh berlaku apabila penyakit kencing manis ini tidak dijaga dengan betul.



Selain dari rawatan hospital, anda juga boleh ikhtiar dengan Vivix Shaklee yang boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. Resveratrol yang terdapat dalam Vivix ini dapat membantu untuk mengurangkan kadar gula dalam darah. Diperbuat daripada kulit anggur Muscadine. Rasanya sedap. Resveratrol ini dapat membantu membaiki sel Pankreas yang rosak yang menyebabkan kadar gula semakin tinggi. Oleh itu, apabila organ pankreas sudah mula pulih semula, secara tidak langsung dapat mengawal kadar gula dalam darah. Mudah-mudahan dengan izin Allah, dapat membantu anda mengawal kencing manis dan sentiasa dalam kesihatan yang baik inshaAllah.

Untuk sebarang pertanyaan atau order produk Shaklee, boleh hubungi
PUAN NUR AMIRAH 
SHAKLEE ID: 1243910
CONTACT NO: +6017-424 7110
POS: SELURUH MALAYSIA, SINGAPORE, BRUNEI, INDONESIA DLL

Thank you for reading!

Baca juga:
[10 Tanda-tanda Diabetes Peringkat Awal]
[8 Petua Kencing Manis]
[4 Khasiat Peria Katak Bagi Penghidap Kencing Manis]
[7 Resepi Lazat Peria Katak Ubat Kencing Manis Tradisional]
[7 Cara Mencegah Kencing Manis]


No comments:

Post a Comment